Di Rumah-Mu

di rumah-Mu malam ini ramai pengemis menadah pahala yang tercicir di mimbar dan sejadah tanpa rasa malu pada-Mu merayunangis sedangkan dosa bertimbun di kocek hayat di rumah-Mu malam ini ramai fakir berpura-pura jadi miskin membaca kitab firman melumati zikir bertaburan menghitung tasbih tanpa nombor sedangkan usia kian reput di kantung jasad di rumah-Mu malam ini menjadi ruang paling sepi mendodoi sunyi rahmah barakah yang bersepah … Teruskan membaca Di Rumah-Mu

Resepi Pahala Berbuka

halalkanlah sepuluh tangkai cili kering setengah cawan sos cili dua inci belacan dan secawan gula merah setengah cawan gula pasir sepertiga cawan kicap pekat manis tiga sudu besar tepung jagung dan secawan air kugaul semuanya dengan senduk kasih kumasak dengan nyala cinta sehingga mesra, menjadi lautan selera sempena Ramadan kali ini semangkuk untuk mu jangan masukkan makaroni atau pasta atau sirakan di atas pizza atau … Teruskan membaca Resepi Pahala Berbuka

Pertarungan

malam ramadhan yang dingin membawa denting hujan ke jendela di tengah ruang tamu sepi melontarkan sifatnya tengggelam antara alunan suara imam dengan amin makmum dalam tarawikh yang panjang rahmat tersangkut di tangga langit ada telapak tangan yang masih telungkup di atas sofa ini aku berbaring hingga duri tempias mencucuk wajah menyentak jiwa yang terapung dalam angan haruskah aku bangkit dan membentangkan sejadah haruskah aku menarik … Teruskan membaca Pertarungan

Cermin Hati

kelam dan kabur tak terlihat pantulan kebenaran cermin hati yang kotor menyuci debu kotoran dengan Zikir bersanad selapis demi selapis demi memancar lagi pantulan kebenaran dari pelusuk rahsia-Nya ramadhan penuh rahmat ruang ibadat meningkat berhempas pulas jihad dalam diri nafsu berpusat teruskan menggilap wahai cermin hati sejahtera dan damai pertemuan dengan-Nya nanti.. SitiNur Teruskan membaca Cermin Hati

Menyingkap Wajah Al Qadr

kami tidak menanti seribu bulan lagi untuk bersama-Mu kerana malam ini telah menjadi seribu bulan yang meluruhkan seribu hijab nafsu bukan seribu bulan yang ditunggu tetapi seribu kali Engkau berbicara dengan cara yang berbeza walau kepada telinga yang enggan mendengar seribu bulan bukan seribu hitungan pahala tetapi seribu kitaran perjalanan insan bertemu Tuhan. para faqir tidak membawa apa-apa kepadaMu pada malam ini kerana kami tidak … Teruskan membaca Menyingkap Wajah Al Qadr

Dusun Ramadhan

narwastu apakah yang memecah menjinakkan ruhi ke rimbun menghijau taman teduhan yang meredup dari sihir duniawi yang memukau ramadhan yang mekar, aku datang lagi sebagai pipit yang dahaga sembunyikan aku dalam subur daun bermandi embun menghirup rimbun; betapa aku unggas tempang kepak yang memapah iklim hayat bersembilu dari helang haloba yang sering memburu. tak pernah mengalir kemanisan sebegini susu menumpah buahan yang terlimpah juga bungaan … Teruskan membaca Dusun Ramadhan