Pengabdian

ketika bersujudaku melihat semesta di tikar sejadahpesan-pesan Tuhan sedang gugurseperti Perseids menyamar hujanselesai mengunyah setiap kalimah aku meluahkan salamkepada kanan dan kirisegala-galanya sedang sunyicuma dinding tua masih merenungmenjadi saksi pengabdian rapuh Daniyal Kadir Teruskan membaca Pengabdian

Kelu

hari ini mahu menjadi pahatyang akan menukangi harapanpada longgokan kayu nasibdari hutan pertanyaan (di antara kita). tetapialu belum begitu mahir sehingga tak berhasil mengeja namamubahkan mengukir bentuk senyummu.bilah-bilah kata yang kuasahlebih sering melukai lidahku sendirikenangan tak sempat mengajarkankucara menjadi tajam.mereka terlalu asyik menghiris tubuhkusiang dan malam. hari ini aku masih lupa mejadi dirikudi depanmu. Mosyuki Borhan Teruskan membaca Kelu

Kehormatanku

kulit limau perutkutersimpan cinta di situranum setelah sembilan bulankeluarlah harapan berbuai lanjut lemak dadakujelik tapi rela;ubat laparmuubat sakitmuubat resahmudan ubat rindu letih lenguh belikatku;kaki kecilmu memijak belakang; lincahnipis kedut kulit dahiku;tanganmu memicit bahu; ramahbegitulah lelah diberi nafas olehmu aku mengingini sesuatudan kau mengingini sesuatuberkaca meminta matamuaku dapatkan keinginanmu aku menyanggupi segalamenjadi ibumenjadi abu lelah berdarab menjadi kenanganlalu berbahagi menjadi bahagia sihir pun tercongakitulah kehormatan ibu … Teruskan membaca Kehormatanku

Apabila Kukatakan: Emak, Aku hanya Mahu Membaca Buku

sedang apa kau, Nai?mari baca butir-butir berasagar kau tahu mana bubuk mana padu sedang apa kau, Nai?mari baca urat-urat sayuragar kau tahu mana segar mana layu sedang apa kau, Nai?mari baca titis-titis hujanagar kau tahu emasnya air kian berkurang sedang apa kau, Nai?mari baca helai-helai kain bajuagar kau tahu mana sutera mana belacu sedang apa lagi kau, Nai?masi baca sisik dan sirip ikanagar kau tahu … Teruskan membaca Apabila Kukatakan: Emak, Aku hanya Mahu Membaca Buku

Lelaki Ramadan

ramadan adalah senja yang tertinggal di pelupuk mataterpadam lewat tapak-tapak kaki dari perjalanan seoranglelakiyang bersalah pada setiap kesempatanberdosa pada setiap ujian di dadanya dendam sebuku darahseluruh tubuhcalar-luka calar-lupa calar-dukadari jari manis sang perempuantiada doa dapat lewatgerbang maaf yang tertutup rapat siapakah dapat mengukurpanjangnya redup hariselepas al-qadrseperti juga kita bertanyaberapa titis air mata jatuhsebelum sabar lelaki ramadandi bukanya matatetap berjumpalebaran perempuan Haizir Othman Teruskan membaca Lelaki Ramadan

L-I-M-A

merah langit menitiskan cahayajarum berdetik mati di angka limakokok ayam tenggelam bersama fajarmimpi diusung ke berandameleleh jatuh kepala pengemis memasuki ramadan pelbagai juadah diidam:ayam bergolek sambaldaging masak hitam resepi keturunanikan dijemur di atas gelegak apiair bandung dicemari selasihbuah melaka, tepung talamacara manis pembuka selera azan bersahut di corong radio dan telinga masjidair dilangah berkali-kali pengubat dahagasetelah berjam-jam menahan puasamakanan disumbat ke kerongkongtak sempat dikunyah gigi … Teruskan membaca L-I-M-A

Kata Anak Pagi

semalam, telah kupulas lengan jam, waktunya jatuh dicelah bulan dan matahari. untuk sebahagian mengental dan yang lain mencair. masa mengetuk, anak pagi terlompat dari mimpi aku anak yang tersepit antara dua cakerawala. asalku gunung cair jadi sungai kasih ayahbonda. mengalir antara jernih air dan keruh tebing di dada. muara masih jauh, tikung ada dimana-mana tapi pagi adalah ibubapaku. mengenakan aku kepada nyanyi burung dan hempas … Teruskan membaca Kata Anak Pagi